Monday, November 28, 2011

Rosak Bahasa Kita.. hmmmm

Aku terkejut tengok papan tanda ni? Malunya kalau orang asing tahu kesalahan yang berlaku. Apa jadi dengan bahasa kebanggaan kita. Rosak lagi merosakkan.. huh



Bilik air ni terletak lebih kurang 500 meter dari aras laut dalam hutan pusat peranginan Telaga Tujuh. Siapakah yang nak melahirkan anak di kawasan ini? Mungkinkah memang bilik ini disediakan bagi ibu ibu yang dah sarat tapi sanggup mendaki 600 anak tangga ke tempat ini dan tiba tiba rasa dah masa untuk bersalin. hm...?

Antara Tempat tempat Boleh Dikunjungi di Langkawi

Pernah ke Langkawi? Tau tak tempat tempat yang menarik kat sana? Sebab aku dah ke sana hari tu, jadi aku tau la sikit sikit.

Tahukah anda, ramai pelancong yang akan ke Langkawi akan menaiki feri dari Kuala Perlis berbanding Kuala Kedah sebab jarak perjalanan atas airnya lebih singkat. Dalam masa satu jam dah pun tiba. Tiket of course lebih murah. RM13 sehala. Kalau aku tak silap.



Tahukah anda di jeti Kuala Perlis, sebaik sahaja kenderaan anda nak tiba ke sana, akan ada pemuda menaiki motorsikal akan mengekori kereta anda dan mengarahkan anda mengekorinya sehingga jeti. Jangan takut. Mereka ni sebenarnya cari customer. Mereka ini operator parkir kereta. Ikut sahaja mereka hingga tiba jeti. Kemudian, setelah menurunkan bagasi anda (jika datang berkeluarga atau lebih dari seorang). Kemudian anda follow je pemuda tersebut sehingga ke parkir kereta yang mana tempat tu kalau jalan kaki mmg penat, apatah lagi kalau jalan sambil membawa bagasi. Jadi untuk memudahkan, letak bagasi, cari tempat parking. Harga parking hari ni RM15. Kalau nak tawar, paling kurang pun RM10. Itu untuk satu hari. Nanti anda boleh tumpang motor pemuda tadi ke jeti. Merempit la sikit. hahahaha..


Tahukah anda tiket perjalanan feri ke Langkawi seawal 7 pagi. Ada beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan feri. So don't you worry. Sambil duduk dalam feri, nanti bolehlah tengok vcd yang dia tayangkan. Alamak Toyol! pirate la tu. hahahaha..



Tahukah anda yang anda tidak perlu tergesa gesa untuk keluar dari feri sebaik tiba di jeti Kuah, Langkawi sebabnya, ramai sangat orang dalam feri tu. Duduk sahaja, tenang, lagipun banyak sangat bagasi anda untuk diangkat nanti. Dan tahukah anda, sebaik sahaja naik ke jeti, trolley yang bakal anda gunakan itu nanti akan dicaj RM1 sehala. Nanti akan ada pemuda menegur anda sambil menghulurkan resit kecil untuk bayaran trolley tu. Jangan takut dan bayar sahaja.


Tahukah anda boleh menyewa kenderaan di Pulau Langkawi dari sekecil kecil Perodua Viva hingga sebesar MPV mahupun Caldina. Harga berlainan dan sila hubungi dahulu sebab takut bila tiba musim tertentu, contohnya cuti sekolah, LIMA, memang susah nak cari.


Tahukah anda, dengan kereta sewa anda boleh pusing Langkawi dalam masa tak sampai satu jam, tanpa berhenti mana mana destinasi. Langkawi ni tak besar pun. Jangan lupa dapatkan peta atau info berkenaan Langkawi ketika di jeti Kuah, atau anda boleh pergi ke Information Center betul betul depan jeti tu, sebelah KFC. Nanti senang untuk anda nak ke mana mana.


Antara tempat tempat yang anda boleh kunjungi...



Lubuk Semilang


Makam dan Muzium Mahsuri


Telaga Tujuh



Cable Car.. ((ni time hujan.. apa pun tak nampak))


Tahukah anda, di puncak, pelantar cable car ada perkhidmatan pos...