Sunday, May 18, 2014

Ceritanya.. "Saya Bangga Menjadi Guru"

Ceritanya..

Semalam,
Ada mak bapak yang datang meradang,
Menghentak meja, bersuara lantang,
Meluah rasa menjeling pandang,
Kecik hati tak diundang,
Marah benar bila dibuang,
Mcm amuk pemain bola dibuang padang.

Ceritanya..

Semalam,
Maruah cikgu diejek-ejek,
Dikata tak layak jadi pendidik,
Ijazah yang ada sekadar dikelek,
Masa mengajar dipendek pendek,
Pengalaman yang ada disukat cetek,
Telinga cikgu mendengar jelek.

Ceritanya..

Hari ini,
Ada murid yang datang lewat,
Sedangkan rumah duduknya dekat,
Cikgu pun tanya kenapa liat,
Hari-hari lambat, ke mana solat?
Muka murid tersenyum kelat,
Otak murid berfikir ligat,
Nak gentar apa, cikgu tak boleh nak sebat,
Paling tak tulis nama dlm buku lewat.

Ceritanya..

Hari ini,
Ada cikgu mengajar di depan kelas,
Ada murid di belakang bersembang bebas,
Ada kerja untuk 1 kelas,
Tapi yang siap tak sampai sebelas,
Marah cikgu berbekas bekas,
Niat di hati mengajar ikhlas,
Yang rajin tiga belas,
Yang lain malas !

Ceritanya..

Nanti,
Tatkala result keluar,
1 sekolah berdebar-debar,
Mak bapak tak sabar-sabar,
Mesti result anak aku bikin gempar,
Silap-silap masuk surat khabar.

Ceritanya..

Bila result mula diumumkan,
Anak dapat cukup cukup makan,
Anak nangis mintak ehsan,
Bukan apa takut balik dirotan,
Anak dipujuk, cikgu disalahkan,
Konon cikgu tak berkelayakan,
Ilmu yang ada tak cukup padan,
Mak bapak melepas baran,
Anak aku bukan sebarangan,
Lahir dari keturunan tuan-tuan,
Patut dapat keputusan number one.

Ceritanya..

Hari ini,
Hati cikgu mendidih-didih,
Mak bapak tak tahu berterima kasih,
Hati cikgu mana tak sedih,
Tapi cikgu hatinya jernih,
Marah pergi sejuk diraih,
Biar mak bapak makinya berbuih,
Nawaitu cikgu bersifat bersih,
Luhur hatinya tetap ditagih.

Ceritanya..

Hari ini,
aku berterima kasih,
Pada guru yg berperit jerih,
Yang tak pernah letih,
Bukan wang ringgit yang cikgu ketagih,
Cukuplah sekadar terima kasih.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DI MALAYSIA. 16 MEI 2014.


Friday, December 14, 2012

Induction Set 1.3.5


I got to use this as induction set next year.

L.O. : 1.3.5 Listen to and understand ordinal numbers: Sixteenth- thirty-first ( 16th-31st)

"Love Is Endless"

One, for starry nights and
Two, for candle lights and
Three, for long walks in the sun
Four, for all the laughter
Five, for ever after
Six, your smile is just the best.
Love is endless

Love, love love love, love love love, love love love
Love is endless
Love, love love love, love love love, love love love
Love is endless

Seven, you're my goodluck charm
Eight, for your open arms
Nine, for best sunday in the rain.

Ten, couldn't get much better
Eleven, two once put together
Twelve, all the joy and happiness.
Love is endless

[chorus]

Count out loud,
All of the ways that life is good,
On different days, 
How things can change
Love always stays the same.

Count out loud, it never ends the list goes on hit on again
Forgive forget, and let your heart begin, love is endless

[chorus]

Thirteen, I got brand new eyes
Fourteen, everything's a surprise
Fifteen, not a day that I regret,
Love is endless.

Thursday, December 6, 2012

PROGRAM CARI JUARA BERBASIKAL! - "RIDE WITH PRIDE"

PROGRAM CARI JUARA BERBASIKAL! - "RIDE WITH PRIDE"

Tarikh: 7 - 9 Disember 2012.
Masa Pendaftaran: 2.30 ptg ( 7 Disember 2012)
Tempat: Dewan Perdana, ISN Bukit Jalil.

Kriteria peserta:
1. Berumur 17 hingga 28 tahun.
2. Mempunyai stamina dan daya ketahanan diri yang tinggi.
3. Bersemangat waja dan meminati sukan berbasikal.
4. Penyertaan Atlet dari sukan Olahraga dan Bola Jaring adalah digalakkan.

Program ini dianjurkan Bahagian Pengenalpastian dan Pengembangan Bakat ISN dengan kerjasama Majlis Sukan Negara.

Untuk makluman, 2 orang perserta terbaik akan menjalani latihan di Melbourne, Australia dan 16 orang akan diserap ke Pusat Latihan.

Anda berminat? Sila hubungi dalam kadar segera untuk maklumat lanjut;

En. Faiz: 019-373 6673
En. Fikri: 016-420 1088